KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peniaga menilai semula jangkaan mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama, kata penganalisis.
Pihak Fed memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah berkenaan pada 3.75 peratus hingga 4.00 peratus pada 28 Oktober lalu.
Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh ke paras 4.0555/0600 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0575/0620 yang dicatatkan semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kadar pertukaran dolar-ringgit di paras sekitar RM4.0425 pada sesi dagangan pagi namun kemudian bergerak ke arah RM4.0577, mencatatkan kenaikan sebanyak 0.05 peratus berbanding dolar AS.








