Sungai Petani: Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis di Bukit Chabang, Padang Besar yang dijangka beroperasi tahun depan, bakal menjadi pusat kecemerlangan sukan utama bagi zon utara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, projek sekolah itu yang terbengkalai selama 12 tahun sejak 2013, berjaya diselesaikan Kerajaan MADANI dalam tempoh kurang dua tahun.
Katanya, ia membuktikan kesungguhan kerajaan dan ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan projek diambil alih syarikat milik kerajaan berkeupayaan pada April tahun lalu.
"Paling penting, SSM Perlis akan membuka peluang kepada lebih ramai anak muda dari Perlis dan negeri sekitarnya untuk menggilap bakat dalam persekitaran pendidikan serta latihan lebih sistematik.










