MELAKA - Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan di 18 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk mempertahankan lima kerusi yang dimenangi sebelum ini.Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan penilaian terhadap kekuatan jentera parti, keupayaan calon serta tahap penerimaan rakyat di kawasan yang bakal ditandingi gabungan berkenaan."Sasaran kita dari awal ialah 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. Jadi, kita tahu bahawa kita ada kemampuan di 18 kerusi ini dengan berusaha untuk mengekalkan lima kerusi yang kita sudah ada," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Melaka di Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.Hadir sama Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim.Penyandang DUN Bukit Katil yang juga Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, daripada 24 calon yang akan bertanding atas tiket PH, 10 calon mewakili PKR, manakala Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP masing-masing tujuh calon.SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka, manakala penamaan calon pada esok dan pengundian awal pada 10 November.Bagi mendapatkan berita terikini PRN Melaka ke-16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026/. - Bernama
PRN Melaka: PH sasar menang 18 daripada 24 kerusi ditandingi

Key takeaways
Pakatan Harapan (PH) sasarkan menang 18 daripada 24 kerusi DUN dalam PRN Melaka.
- PH menargetkan kemenangan di 18 kerusi DUN dari 24 yang ditandingi.
- Sasaran ini termasuk mempertahankan lima kerusi yang telah dimenangi sebelumnya.
- 24 calon PH terdiri daripada 10 dari PKR, 7 dari Amanah dan 7 dari DAP.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Kosmo , Utusan Malaysia , Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PH sasar menang 70 hingga 80 peratus kerusi PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: PH sasar menang 18 daripada 24 kerusi ditandingi (this story)








