PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan antara 70 hingga 80 peratus daripada kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan berkata proses pemilihan calon dilakukan secara teliti bagi memastikan mereka yang diketengahkan memenuhi kriteria parti.

Beliau berkata, pengumuman calon lebih awal kali ini juga bertujuan memberi ruang kepada jentera parti membuat persiapan lebih rapi menjelang hari penamaan calon.

"Sebelum ini, calon hanya diumumkan dua atau tiga hari sebelum penamaan calon, tetapi kali ini kita membuat pengumuman lebih awal bagi membolehkan jentera membuat persiapan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Dharma MADANI dan Program Harmoni MADANI di sini, hari ini.