ARAU – Polis menerima laporan berhubung kejadian cermin tingkap sebuah koc tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang pecah dipercayai ketika dalam perjalanan dari Stesen Arau menuju ke Alor Setar pada Khamis.Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata laporan berhubung kejadian itu diterima Balai Polis Arau pada jam 12.30 tengah hari, Jumaat."Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan ringkas.Sebelum ini, insiden berkenaan tular di aplikasi media sosial Threads selepas beberapa penumpang mendakwa terdengar bunyi kuat seperti letupan secara tiba-tiba sebelum mendapati cermin tingkap tren mengalami kerosakan.Susulan kejadian itu, KTMB mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kerosakan tingkap di bahagian kiri sebuah koc tren yang sedang dalam perjalanan ke Alor Setar.Menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial, KTMB memaklumkan pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.Menurut KTMB, kerja-kerja pembaikan terhadap tingkap yang rosak akan dilaksanakan bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan penumpang sentiasa terpelihara."KTMB mengingatkan orang ramai bahawa sebarang perbuatan vandalisme terhadap tren dan aset kereta api bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan harta benda, malah berpotensi mengancam keselamatan penumpang."KTMB akan terus memantau perkembangan kejadian dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil penelitian lanjut," menurut kenyataan itu.
Polis siasat cermin koc KTMB pecah ketika dalam perjalanan ke Alor Setar

Key takeaways
Polis siasat cermin tingkap koc tren KTMB yang pecah semasa perjalanan dari Arau ke Alor Setar.
- Polis menerima laporan kejadian pada Jumaat pukul 12.30 tengah hari.
- KTMB mengesahkan kerosakan tingkap dan sedang siasat punca kejadian.
- KTMB menegaskan tindakan vandalisme boleh ancam keselamatan penumpang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes pecah kubur di Miri
- Kosmo Panik tingkap KTMB pecah
- Berita Harian KTMB sahkan vandalisme punca tingkap Komuter Utara pecah
- Sinar Harian Polis siasat cermin koc KTMB pecah ketika dalam perjalanan ke Alor Setar (this story)









