PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan berhubung isu penipuan dalam platform e-dagang.Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, arahan itu susulan keprihatinan Anwar terhadap pelbagai masalah yang dihadapi pengguna platform e-dagang, termasuk caj komisen tinggi yang dikenakan kepada penjual dan produk diterima yang tidak menepati pesanan."Perdana Menteri membangkitkan keprihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna yang menggunakan platform e-dagang, khususnya berkait sama ada dari segi fi, komisen yang tinggi yang dikenakan kepada penjual ataupun produk yang dibeli diterima, tetapi tidak seperti yang telah ditempah."Jadi ada beberapa perkara yang beliau telah minta pihak KPDN, Kementerian Komunikasi, khususnya melalui MCMC untuk ambil tindakan terutama berkait fraud ataupun scam dalam platform e-dagang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Jumaat.Fahmi berkata, satu pertemuan antara MCMC dengan semua pemain utama platform e-dagang telah diadakan beberapa minggu lepas bagi membincangkan isu berkenaan."Satu pemukiman membabitkan agensi penguatkuasaan juga akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi menyelaraskan tindakan bersepadu untuk menangani permasalahan yang dihadapi pengguna platform e-dagang."Arahan perdana menteri adalah perkara ini perlu diutamakan dan dilaksanakan pada kadar segera dan insya-Allah esok sewaktu Sambutan Hari Kurier Negara, saya akan ada beberapa pengumuman tambahan berkait isu ini," kata Fahmi. - Bernama
PM minta KPDN, MCMC ambil tindakan tangani penipuan platform e-dagang - Fahmi

Key takeaways
Perdana Menteri meminta KPDN dan MCMC ambil tindakan terhadap penipuan di platform e-dagang.
- PM membangkitkan kebimbangan tentang isu penipuan dan caj komisen tinggi di platform e-dagang.
- MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pemain utama platform e-dagang.
- Pemukiman antara agensi penguatkuasaan akan diadakan untuk tindakan bersepadu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia MCMC minta berhenti sebar video sekolah di Kuching
- Free Malaysia Today PN ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu
- Malaysiakini (BM) PN akan ambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu - Takiyuddin
- Sinar Harian PM minta KPDN, MCMC ambil tindakan tangani penipuan platform e-dagang - Fahmi (this story)







