PUTRAJAYA – Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama menjadi antara faktor negara ini dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) Ke-27 selepas 19 tahun.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pemilihan itu mencerminkan pengiktirafan IIFA terhadap pendekatan Malaysia dalam menguruskan kepelbagaian masyarakat yang hidup bersama secara aman dan harmoni.Menurutnya, keunikan Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai bangsa dan agama di bawah satu negara dilihat sebagai pengalaman yang wajar dikongsikan kepada masyarakat antarabangsa."Antara sebab kenapa pihak IIFA memilih Malaysia adalah kerana mereka melihat di Malaysia ini kita ada macam-macam bangsa dan pelbagai agama, tetapi dapat hidup dalam keadaan harmoni."Jadi, Malaysia sebagai contoh yang ingin diketengahkan kepada masyarakat dunia agar dapat hidup aman sejahtera di bawah satu payung," katanya dalam sidang akhbar sempena persidangan IIFA di sini pada Jumaat.Persidangan selama empat hari bermula 30 November hingga 3 Disember depan di Marriott Putrajaya itu dijangka menghimpunkan kira-kira 250 tokoh ulama tersohor dari negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).Lebih menarik, pengalaman Malaysia dalam menguruskan kepelbagaian masyarakat turut menjadi antara perkara yang akan dibincangkan menerusi perbahasan fiqh kehidupan bersama sepanjang persidangan berkenaan.Sirajuddin berkata, pemilihan Malaysia kali ini bukan berdasarkan sistem giliran antara negara anggota OIC, sebaliknya dibuat berdasarkan pertimbangan dan pemilihan khusus oleh pihak IIFA.Katanya, beliau turut terbabit secara langsung dalam usaha membawa persidangan berkenaan ke Malaysia menerusi kerjasama Jakim dengan IIFA, termasuk susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.Persidangan itu akan memberi tumpuan kepada tujuh teras perbahasan merangkumi isu istihsan, kecerdasan buatan (AI), perubatan, kekeluargaan, kewangan Islam serta fiqh kehidupan bermasyarakat.Sebanyak 139 kertas kerja akan dibentangkan oleh ulama dan pakar sepanjang persidangan berkenaan bagi membolehkan pandangan serta penelitian dibuat sebelum resolusi dimuktamadkan.Resolusi yang dicapai kelak akan dibawa ke peringkat institusi agama masing-masing untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya."Di Malaysia, resolusi berkenaan akan dibentangkan dalam Persidangan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum dibawa ke Persidangan Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan dan makluman," jelas beliau.
Keharmonian kaum, agama jadi faktor Malaysia dipilih tuan rumah persidangan IIFA

Key takeaways
Keharmonian kaum dan agama di Malaysia menjadi faktor utama negara ini dipilih sebagai tuan rumah IIFA Ke-27.
- Malaysia dipilih kerana kepelbagaian kaum dan agama yang hidup harmoni.
- Persidangan akan membincangkan pengalaman Malaysia dalam mengurus kepelbagaian masyarakat.
- Pemilihan bukan berdasarkan sistem giliran negara anggota OIC.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia MCA mahu jadi jambatan, bukan sekadar suara kaum Cina
- Harian Metro Malaysia berpotensi jadi hab 'off-road' Asia
- Utusan Malaysia Jangan malu berbahasa Melayu, jadi anak Malaysia
- Sinar Harian Keharmonian kaum, agama jadi faktor Malaysia dipilih tuan rumah persidangan IIFA (this story)









