Kuala Lumpur: Juara bertahan dari Jepun, Miyu Yamashita membuktikan statusnya selaku pilihan utama apabila merampas kedudukan pendahulu selepas mempamerkan aksi cemerlang pada pusingan kedua Kejohanan Golf Maybank 2026 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), hari ini.

Miyu mencatatkan enam di bawah par 66 untuk mengumpul keseluruhan 13 di bawah par 131, sekali gus membuka kelebihan dua pukulan di puncak carta kedudukan.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, konsistensi pukulan serta keupayaannya mencipta banyak peluang birdie menjadi kunci kepada pencapaian cemerlang berkenaan.

"Permainan pukulan saya agak konsisten dan stabil hari ini. Saya berjaya menghasilkan banyak peluang birdie.