KUALA LUMPUR: Aneka Jaringan Holdings Bhd mencatat hasil RM305.79 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026, meningkat 18.35 peratus daripada RM258.38 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
Bagaimanapun, keuntungan kasar kumpulan berkurang kepada RM18.30 juta daripada RM22.78 juta, manakala margin keuntungan kasar menyusut kepada 5.98 peratus berbanding 8.82 peratus susulan peningkatan kos input sepanjang tahun.
Menurut kenyataan media syarikat, Aneka Jaringan masih mencatat keuntungan selepas cukai RM0.36 juta bagi tahun kewangan 2026 walaupun berdepan tekanan kos konkrit, diesel dan bahan habis pakai.
Bagi suku keempat, hasil meningkat 25.88 peratus kepada RM78.74 juta daripada RM62.55 juta pada tempoh sama tahun lalu, didorong pelaksanaan projek yang berterusan merentasi portfolio pembinaannya.









