KUALA LUMPUR: Cuaca hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, diramal cerah pada sebelah pagi di tiga daerah negeri itu.
Menurut paparan di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah dijangka cerah pada sebelah pagi dengan suhu antara 23 dan 24 darjah Celsius.
Bagaimanapun, Alor Gajah dan Jasin dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang, manakala Melaka Tengah kekal cerah.
Setakat malam ini, 189 borang penamaan calon dilaporkan dibeli dengan 45 bakal calon sudah menjelaskan bayaran deposit.










