Zahid Hamidi ditemui selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab di Melaka. (Gambar Bernama)MELAKA: Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi tidak ditandinginya pada PRN Melaka kepada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat usaha untuk mendapatkan kerusi tambahan.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Zahid Hamidi, berkata keputusan itu telah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan pihaknya akan berpegang pada persetujuan berkenaan.

“Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian bahawa mereka diberikan peluang merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN dan kita serah untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN.