Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim juga gesa Majlis Peguam pertahan peguam yang diserang secara tidak adil di media sosial. PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, menggesa orang ramai berhenti menyerang peguam yang mewakili dua pegawai polis Cawangan Khas dalam kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Shuhaily Zain.

"Tugas peguam Kamal Hisham perlu dihormati. Sedangkan orang yang dituduh pelbagai kesalahan besar jenayah dengan hukuman mati sekalipun, berhak mendapatkan khidmat peguam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Kamal diserang di media sosial, dengan latar belakang peribadi dan kes lama dijaja seolah-olah Kamal seorang peguam yang tidak berwibawa dan tiada integriti.