Lelaki warga China itu bakal didakwa di mahkamah atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Pihak berkuasa Hong Kong menahan seorang lelaki warga China yang tiba di lapangan terbang bandar itu dari Pulau Pinang selepas dikesan membawa 2kg dadah disyaki kokain dalam bagasinya.
Kastam Hong Kong dalam kenyataan, memaklumkan suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada Khamis lalu selepas pemeriksaan terhadap bagasi daftar masuknya menemui dadah berkenaan, lapor Berita Harian.
Suspek kemudian didakwa atas satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya dan kes berkenaan dijadual disebut di Mahkamah Majistret Kowloon Barat, hari ini.
Mengikut Ordinan Dadah Berbahaya Hong Kong, kesalahan mengedar dadah boleh membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan denda HK$5 juta (RM2.7 juta) jika sabit kesalahan.







