SEREMBAN: Masjid Jamek Kuala Klawang Jelebu, dekat sini, tidak melaksanakan solat Jumaat hari ini, sebaliknya jemaah diminta menunaikan solat Zuhur susulan isu peletakan jawatan imam bertauliah, Selasa lalu.

Peletakan jawatan imam dipercayai mempunyai kaitan bantahan terhadap arahan supaya nama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Azrin Khairi yang dikaitkan dengan kedudukan Undang Luak dibacakan dalam khutbah Jumaat.

Imam berkenaan mengambil keputusan meletakkan jawatan selepas menerima arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya memasukkan nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah.

Keputusan imam terbabit sudah dimaklumkan kepada pegawai JHEAINS untuk tindakan selanjutnya.