JELEBU – Kira-kira 250 jemaah di sebuah masjid di Masjid Jamek Kuala Klawang, di sini, tidak menunaikan solat Jumaat hari ini, sebaliknya menunaikan solat zuhur susulan peletakan jawatan imam yang ‘keberatan’ membaca nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah Jumaat.
Sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Omar, 50an berkata, imam berkenaan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Selasa lalu selepas menerima arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya memasukkan nama Undang








