Key takeaways
Seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun maut digilis bas di Terminal Bas MBKT, Kuala Terengganu, pada tengah hari tadi. Mangsa terlanggar bas yang sedang membelok untuk memasuki terminal selepas singgah di kedai makan berhampiran.
- Mangsa, Mat Ghani Mamat, 77, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada badan.
- Bas dipandu lelaki berusia 66 tahun dari Kuala Besut gagal mengelak mangsa yang berjalan kaki.
- Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA TERENGGANU –Seorang lelaki warga emas maut digilis sebuah bas sewaktu melintas jalan di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari tersebut, mangsa, Mat Ghani Mamat, 77, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, bas tersebut dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Besut mahu memasuki terminal bas tersebut.
“Sebaik sedang membelok bagi memasuki terminal bas berkenaan, bas tersebut gagal