Kuala Lumpur: Selepas hampir tujuh bulan meninggalkan skuad kebangsaan, pemain badminton wanita negara, Go Pei Kee kembali menyertai program latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 November ini dengan cabaran baharu apabila bakal mencuba acara beregu campuran.

Pei Kee berkata, dia mahu memberikan sepenuh perhatian kepada proses latihan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal mencari pasangan atau menyertai kejohanan kompetitif.

Katanya, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan sebaliknya mahu memastikan tahap kecergasan dan kualitinya kembali berada pada tahap diperlukan untuk bersaing.

"Saya tidak terlalu memikirkan soal pasangan buat masa ini kerana mahu fokus kepada latihan sendiri terlebih dahulu. Saya perlu memastikan kualiti permainan saya setanding dengan pemain lain.