Sepang: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli sedia memberikan saingan sengit kepada barisan pelumba termasuk Veda Pratama dari Indonesia dalam usaha memburu kedudukan petak pertama pada sesi Kelayakan 2 (Q2) Grand Prix (GP) Malaysia, esok.

Pelumba berusia 19 tahun itu mengakui jentera Honda yang ditunggang Veda memiliki kelebihan tersendiri di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), terutama ketika mengambil selekoh berkelajuan tinggi.

Bagaimanapun, pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu tidak mahu menjadikan kelebihan berkenaan sebagai penghalang untuknya memburu petak pertama pada sesi Q2.

Hakim Danish membuktikan kemampuannya apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 14 pelumba terbaik untuk layak secara automatik ke Q2 esok.