KUALA LUMPUR: Public Mutual Bhd mengumumkan agihan berjumlah lebih RM89 juta bagi empat dananya setakat 31 Oktober 2026.
Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, agihan berkenaan melibatkan 3.00 sen seunit bagi Public Islamic Bond Fund, 1.00 sen seunit bagi Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund, 0.50 sen seunit bagi Public Islamic Dividend Fund dan 0.40 sen seunit bagi PB Asia Real Estate Income Fund.
Public Mutual berkata, dasar pengagihan Public Islamic Bond Fund dan PB Asia Real Estate Income Fund adalah secara tahunan, manakala Public Islamic Dividend Fund mengumumkan agihan dua kali setahun dan Public e-Ataraxia Mixed Asset Fund mengikut keperluan atau secara tidak berkala.









