Presiden MCA Wee Ka Siong berkata parti itu hanya bermesyuarat sekali dengan komponen BN lain di Melaka sebelum rundingan dimuktamadkan.PETALING JAYA: Pemimpin MCA bertindak meninggalkan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berkait pengagihan kerusi.
Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata kerusi yang pernah ditandingi parti itu telah diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, meskipun MCA merupakan parti komponen BN sejak sekian lama.
“MCA tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Kami berhak dilayan dengan penuh hormat. Bagaimana keputusan boleh dibuat bagi pihak MCA tanpa persetujuan kami sedangkan presiden MCA masih di sini?” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh The Star.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fphannoucemalaccaelectioncandidate2026102401_837366.png&w=480&output=webp&q=85&we)