GEORGE TOWN : Berita baik untuk penjawat awam di Pulau Pinang apabila mereka bakal menerima ‘durian runtuh’ daripada kerajaan negeri, Disember ini.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2027 semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Kewangan Khas (BKK) sebanyak satu bulan gaji sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka dalam memastikan pentadbiran serta pembangunan negeri terus mencapai kecemerlangan.
“Secara keseluruhannya, pemberian itu melibatkan 7,292 penjawat awam dengan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM16.207 juta,” katanya.








