Puchong: Orang ramai dinasihati supaya tidak melakukan pembelian panik atau menyimpan stok makanan berlebihan susulan kebimbangan terhadap Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, sebaliknya membuat persediaan berdasarkan keperluan.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, penyebaran berita tidak sahih, khususnya menerusi media sosial boleh mencetuskan pembelian panik yang berpotensi menimbulkan masalah lain termasuk gangguan bekalan barangan.
"Saya juga ada Facebook, sahabat saya suruh simpan makanan. Ini berita-berita (yang mencetuskan) pembelian panik, kita elakkan. Kadang kala pembelian panik menjadikan isu lain, bukan bencana MTL, tetapi bencana barang.









