MELAKA - MCA mengumumkan akan bertanding di satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, iaitu di Kota Laksamana selepas kerusi itu diserahkan semula kepada Barisan Nasional (BN) oleh Perikatan Nasional (PN).Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Melvin Chua akan dipertaruhkan sebagai calon dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan antara BN dan PN, susulan pandangan PN bahawa MCA lebih sesuai bertanding di kawasan berkenaan."Keputusan ini baru dibuat dan dipersetujui hari ini oleh kepimpinan tertinggi parti untuk menyerahkan semula kerusi tersebut kepada calon MCA mewakili BN bertanding di kerusi DUN Kota Laksamana, selepas mengambil kira kesesuaiannya berdasarkan penglibatan dan khidmat beliau di kawasan berkenaan," katanya pada sidang media ketika melawat Bilik Gerakan MCA DUN Bandar Hilir di Melaka Raya di sini pada Jumaat.Mengenai bakal calon berkenaan, Ka Siong berkata, Melvin bukanlah nama asing dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya menerusi penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan dan perkhidmatannya dalam kawasan pentadbiran di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).Pertambahan kerusi Kota Laksamana bermakna MCA bakal bertanding di empat kerusi termasuk DUN Machap Jaya, Kelebang dan Bandar HilirKa Siong berkata, perkembangan terbaharu itu tidak menjejaskan persiapan MCA walaupun keputusan dibuat pada saat akhir sebelum hari penamaan calon kerana parti berkenaan telah lama bersiap siaga, khususnya di kawasan tradisi yang ditandinginya.MCA sebagai parti komponen BN bersedia menghadapi apa jua cabaran dan tidak mempunyai masalah untuk meletakkan calon di kerusi yang memerlukan parti itu bertanding."Kita tidak pernah lari daripada tanggungjawab. Dalam mana-mana kerusi yang memerlukan MCA bertanding, kita tidak ada masalah. Kita tidak gentar, kita berdepan dengan apa jua situasinya."MCA akan terus berusaha mendapatkan sokongan rakyat dan memberikan saingan di kawasan yang ditandinginya, termasuk kerusi yang dianggap sukar untuk dimenangi dalam PRN Melaka," katanya.SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon PRN Melaka, hari pengundian pada 14 November manakala 10 November bagi pengundian awal. - Bernama
PRN Melaka: MCA umum tanding satu lagi kerusi di Kota Laksamana

Key takeaways
MCA mengumumkan akan bertanding di kerusi DUN Kota Laksamana dalam PRN Melaka ke-16 dengan Melvin Chua sebagai calon.
- MCA menerima kerusi Kota Laksamana daripada PN untuk bertanding dalam PRN Melaka ke-16.
- Melvin Chua dipilih sebagai calon MCA untuk kerusi tersebut kerana penglibatannya di kawasan berkenaan.
- MCA bersedia menghadapi cabaran walaupun keputusan dibuat pada saat akhir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian MCA akur tanding dua kerusi PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: MCA dapat satu lagi kerusi - Bandar Hilir
- Sinar Harian PRN Melaka: MCA umum tanding satu lagi kerusi di Kota Laksamana (this story)







