KUALA LUMPUR – Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Persekutuan dan parti pembangkang perlu dilihat sebagai langkah membina kestabilan politik serta memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan negara.Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata, tawaran CSA kepada parti pembangkang bukan perkara baharu, sebaliknya keterbukaan itu sudah ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal pentadbiran kerajaan Madani."Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun, hanya kini sebuah parti pembangkang, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tampil menyatakan kesediaan untuk memeterai CSA dengan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.R Yuneswaran berkata, perkembangan itu perlu dilihat dalam konteks kepentingan rakyat, kestabilan politik dan kelangsungan pentadbiran negara.Menurutnya, ia turut mencerminkan keterbukaan Kerajaan Madani dalam membina ruang kerjasama politik yang lebih progresif, melangkaui perbezaan parti serta kepentingan politik sempit."Dalam sebuah negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan tuntutan pembangunan, kestabilan politik merupakan antara prasyarat penting untuk memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat," katanya.R Yuneswaran berkata, negara tidak boleh selama-lamanya terperangkap dalam polemik dan persaingan politik kerana tanggungjawab mentadbir serta memenuhi harapan rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan.Menurutnya, politik mempunyai tempat dan waktunya, namun ketika ini semua pihak perlu memberikan tumpuan kepada pembangunan negara."Keutamaan juga perlu diberikan kepada usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.Beliau berkata, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama dalam perkara yang membawa manfaat kepada negara dan rakyat."Akhirnya, rakyat tidak menilai kita berdasarkan sejauh mana kita berpolitik, tetapi berdasarkan sejauh mana kita mampu menyelesaikan masalah mereka dan membawa negara ke arah masa depan yang lebih baik," katanya.
CSA: Bina kestabilan politik, fokus pembangunan negara

Key takeaways
Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, menyokong Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara Kerajaan Persekutuan dan Bersatu sebagai langkah penting untuk memastikan kestabilan politik negara.
- Yuneswaran menyatakan bahawa tawaran CSA kepada pembangkang bukan perkara baharu dan telah ditunjukkan sejak awal pentadbiran Kerajaan Madani.
- Bersatu menjadi parti pembangkang pertama yang menyatakan kesediaan memeterai CSA selepas hampir empat tahun pemerintahan.
- Kestabilan politik dianggap prasyarat utama untuk melaksanakan dasar pembangunan negara secara berkesan dan mengelakkan polemik politik yang berpanjangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today MB Perlis bertemu Takiyuddin berkait kestabilan politik Perlis
- Harian Metro CSA landasan perkukuh kestabilan politik negara - PM
- Sinar Harian CSA: Bina kestabilan politik, fokus pembangunan negara (this story)
- Malaysiakini (BM) CSA peluang perkukuh kestabilan politik negara – Yuneswaran







