Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah mengesahkan pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan baru-baru ini.PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, mengesahkan pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di Perlis.

Abu Bakar berharap pertemuan itu membuahkan 'keputusan positif', mengatakan beliau berdepan cabaran dalam usaha memastikan kestabilan dan memulihkan ekonomi.

"Insya-Allah selepas ini peringkat tertinggi terutama sekali PN akan mengumumkan sesuatu," katanya lapor Berita Harian.

Abu Bakar turut menyatakan beliau teguh menyokong pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional, dan bersedia memberikan 'kerjasama terbaik' kepada semua rakan gabungan.