JAKARTA – Seorang bakal pengantin perempuan maut dibaham seekor buaya sepanjang lebih 4 meter semasa mencuci pakaian bersama kakak dan tunangnya di sebatang sungai di Indonesia, lapor akhbar The Sun UK.
Selviana Ambu Kaka, 24, diheret ke dalam Sungai Bondo Kodi di Sumba Barat Daya, wilayah Nusa Tenggara Timur, baru-baru ini.
Ahli keluarga Selviana berkata, pemangsa gergasi itu menggigit peha kiri mangsa sebelum menariknya ke dalam air.
Tunang mangsa, Fabianus Dowa serta kakaknya dikenali sebagai Imelda bergegas memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga sebelum penduduk tempatan melancarkan operasi pencarian.










