MIRI: Empat lelaki ditahan susulan kes khianat menyimbah cat merah pada sebuah rumah di sini, dipercayai berpunca tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohamad Farhan Lee Abdullah berkata semua suspek ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Kampung Pujut Tanjong Batu, di sini, pada 23 dan 26 Oktober lalu.

Beliau berkata, tangkapan susulan laporan dibuat lelaki berusia 54 tahun pada petang 22 Oktober lalu yang mendakwa kediamannya disimbah cat oleh dua lelaki.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam 21 Oktober itu turut dirakanm kamera litar teertutup (CCTV) di kediaman berkenaan.