Petaling Jaya: Wanita warga asing cedera melecur selepas dipercayai disimbah cecair disyaki asid dalam kejadian di sekitar PJS 4, di sini, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian dipercayai berlaku membabitkan mangsa dan teman lelakinya yang juga warga asing pada 10 pagi.
"Saya sahkan ada terima laporan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan."
"Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih dan kejadian disyaki berpunca akibat putus hubungan," katanya dalam kenyataan hari ini.









