KUALA LUMPUR: Seramai 15 penggiat seni veteran menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM15,000 daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) bagi membantu meringankan beban kewangan mereka menjelang sambutan Deepavali.

Pengerusinya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Datuk DJ Dave, berkata setiap penerima menerima sumbangan RM1,000 sebagai tanda keprihatinan yayasan itu terhadap kebajikan penggiat seni, khususnya golongan veteran.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lapan penerima berbangsa India, lima Melayu dan dua Cina, sekali gus mencerminkan komitmen YKAT dalam membantu penggiat seni tanpa mengira kaum dan agama.

"Deepavali membawa mesej yang sangat bermakna iaitu kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi keburukan serta harapan mengatasi kesukaran.