KUALA LUMPUR: Pelakon Elisya Sandha, 27, menyerahkan kepada syarikat produksi dan platform penstriman, iQIYI untuk menentukan nasib drama sensasi, Madu Atau Racun yang masih dalam proses suntingan semula, sejak September lalu.

Elisya mengaku masih tertunggu-tunggu tayangan episod ketujuh yang sebelum ini ditarik balik.

"Rasanya lebih baik kita serahkan perkara ini kepada pihak produksi, stesen televisyen (TV) dan pengarah.

"Sejujurnya, saya juga masih menunggu episod ketujuh yang saya sendiri tidak tahu bila akan ditayangkan," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Rakan Jenama Numee di sini, hari ini.