Baitulmaqdis: Kem Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mendahului blok pembangkang, namun masih jauh daripada memperoleh majoriti, menurut keputusan akhir pilihan raya umum Israel yang diumumkan pada Jumaat.
Keputusan rasmi berkenaan sekali gus membuka laluan kepada rundingan pembentukan kerajaan campuran yang sukar atau kemungkinan pilihan raya baharu diadakan.
Gabungan parti sayap kanan dan kanan tegar yang dipimpin Netanyahu memenangi 53 daripada 120 kerusi di Knesset dengan parti Likud pimpinannya kekal sebagai parti terbesar selepas memperoleh 27 kerusi.
Sementara itu, blok pembangkang yang diterajui tokoh berhaluan tengah, Gadi Eisenkot, meraih 48 kerusi.










