PUTRAJAYA- Ahli perniagaan, Victor Chin disifatkan menjadi satu-satunya individu yang boleh menyelamatkan pemimpin parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas didakwa banyak pihak sebagai individu utama yang dikaitkan dalam isu mafia korporat.
Pengerusi Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Mazween Mokhtar berkata, susulan itu, Victor Chin perlu memberikan bukti dakwaan beliau pernah memberikan dana berjumlah lebih RM9 juta kepada Rafizi.
“Sudah enam bulan Rafizi menghasut rakyat, tetapi beliau masih gagal menyerahkan bukti kerana bukti tersebut ada pada Victor Chin yang tidak diketahui di mana keberadaan beliau,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim meminta Victor Chin tampil segera bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan isu mafia korporat agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua pihak.










