PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Shariah (MPS) BNM untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 November 2026.
Dengan pelantikan tersebut, MPS akan dibarisi oleh sembilan ahli yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang syariah, kewangan Islam, perakaunan dan undang-undang.
Mereka termasuk Perunding Syariah, Datuk Dr. Ashraf Md. Hashim selaku Pengerusi dan Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali sebagai Timbalan Pengerusi.
Ahli lain ialah Perunding Syariah, Burhanuddin Lukman; Timbalan Presiden Penyelidikan Institut ISRA, Universiti INCEIF, Dr. Marjan Muhammad; Ketua Pengurusan Syariah Permodalan Nasional Berhad, Dr. Ahmad Basri Ibrahim; Pengarah Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, Universiti INCEIF, Prof. Dr. Amir Shaharuddin; Mantan Pensyarah UIAM dan Universiti Sains I








