Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani penipuan dan kegiatan 'scam' membabitkan platform e-dagang susulan aduan pengguna serta peniaga berhubung pelbagai masalah dihadapi mereka.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, arahan itu diberikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Komunikasi, khususnya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Katanya, antara isu yang mendapat perhatian Perdana Menteri termasuk fi komisen tinggi dikenakan platform e-dagang kepada penjual serta pengguna yang menerima barangan tidak seperti dipesan.
"Perdana Menteri membangkitkan keprihatinan beliau berkenaan masalah dihadapi pengguna platform e-dagang, khususnya berkaitan fi komisen tinggi dikenakan kepada penjual serta produk yang diterima tidak seperti ditempah.









