Kuala Lumpur: Malaysia memerlukan Universiti Sains Sukan bagi memperkukuh pembangunan atlet berprestasi tinggi, melahirkan lebih ramai tenaga pakar serta merancakkan industri sukan yang semakin berkembang di negara ini.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, penubuhan institusi khusus itu bukan sekadar memberi tumpuan kepada pembangunan atlet, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pendidikan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang sukan.

Menurutnya, Malaysia perlu melihat keperluan itu secara lebih serius memandangkan beberapa negara jiran seperti Thailand dan Vietnam sudah lama mempunyai institusi pengajian khusus berkaitan sukan.