KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha tidak menyangka ada dalam kalangan rakan terdekat yang mempercayai gimik pergaduhan dengan adiknya, Elisya Sandha seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Bagaimanapun, ramai juga yang dapat mengagak bahawa perselisihan faham antara dua beradik itu sekadar gimik bagi mempromosikan sesuatu.
"Saya terima panggilan daripada rakan-rakan yang mahu mendapatkan kepastian mengenai pergaduhan kami kerana sepanjang mengenali saya, mereka tahu saya tidak pernah menulis sesuatu mengikut emosi di laman sosial.
"Selain itu, saya juga terima banyak mesej langsung (DM) daripada netizen yang menasihatkan kami supaya tidak bergaduh sesama adik-beradik.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F03%2Ff03fe9ee4ceb2c6b1bb93a3b94dd1395.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)