KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan FC terus tercari-cari kemenangan 'sebenar' pertama dalam liga pada musim ini selepas tewas 3-1 di tangan DPMM FC pada aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.
Ini menyaksikan Skuad Jang sudah tewas dalam tiga perlawanan dan satu-satunya kemenangan mereka adalah kemenangan 'percuma' 3-0 ke atas KL City FC pada perlawanan pertama liga sebelum ini.
DPMM FC pula terus mengekalkan momentum dengan kemenangan keempat dan mengukuhkan kedudukan di tangga keempat dengan 12 mata.
Pada aksi terbabit, perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan tercari-cari rentak dan mencari peluang terbaik untuk melancarkan serangan bagi memburu gol pembukaan.








