KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Bhd (Malakoff) menerusi anak syarikatnya, Sungai Udang WTE Sdn Bhd menubuhkan Program Sukuk Wakalah Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Hijau ASEAN bernilai RM700 juta bagi membiayai pembangunan fasiliti sisa-kepada-tenaga (WTE) pertama di Melaka.
Syarikat itu dalam kenyataan berkata, program sukuk berkenaan sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi membiayai pembangunan fasiliti WTE Sungai Udang di negeri berkenaan.
Sungai Udang WTE dimiliki 60 peratus oleh Malakoff, manakala baki 40 peratus dipegang Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd (AFES), anak syarikat milik penuh Alam Flora Sdn Bhd yang juga adalah 97.37 peratus anak syarikat Malakoff.








