PETALING JAYA: Sebanyak RM5 bilion daripada pinjaman bagi projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) yang ditamatkan pada 2018 disalurkan semula untuk membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimuktamadkan menerusi rundingan Kerajaan MADANI yang membolehkan dana berkenaan dimanfaatkan bagi pembangunan prasarana asas rakyat.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian antara Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dan Export-Import Bank of China (CEXIM) bagi penyaluran semula pinjaman itu disaksikannya hari ini.

“Susulan penamatan kedua-dua projek berkenaan, negara masih menanggung obligasi pembayaran balik pinjaman berjumlah RM8 bilion walaupun projek tersebut tidak dilaksanakan.