PUTRAJAYA- Kerajaan berjaya mendapatkan semula manfaat pinjaman RM5 bilion daripada projek saluran paip gas yang ditamatkan pada 2018 untuk disalurkan kepada pembangunan Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS) yang bakal memberi manfaat kepada penduduk di Perak dan Pulau Pinang.
Perjanjian penyaluran semula pinjaman itu dimeterai antara Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER), iaitu sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dengan Export-Import Bank of China (CEXIM).
Pemeteraian itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Kewangan berkata, susulan penamatan projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) danMulti-Product Pipeline (MPP) pada tahun 2018, Kerajaan Malaysia masih menanggung obligasi pembayaran balik pinjaman berkaitan berjumlah RM8 bilion kepada CEXIM walaupun projek tersebut tidak di










