Sepang: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berharap PETRONAS dapat meneruskan peranan sebagai penaja utama Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di SIC sehingga 2031.

Azhan berkata, tempoh lima tahun itu diharapkan dapat diselaraskan dengan lanjutan kontrak penganjuran MotoGP Malaysia yang turut akan berlangsung sehingga 2031.

Menurutnya, perbincangan lanjut mengenai sambungan tajaan itu wajar diserahkan kepada PETRONAS dan Dorna Sports untuk diputuskan bersama.

Kontrak PETRONAS selaku penaja utama MotoGP Malaysia yang bermula pada 2022 dilaporkan akan berakhir tahun ini.