SEPANG – Masalah cengkaman dan permukaan litar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang semakin merosot menuntut pasukan Hakim Danish Ramli mencari pelarasan yang tepat terhadap jentera buat pelumba negara itu menjelang sesi kelayakan esok.
Perkara itu ditegaskan bekas pelumba Moto3 negara merangkap pengurus pasukan, Zulfahmi Khairuddin, yang mendedahkan keadaan litar ketika ini menjadi rungutan ramai pelumba bukan sahaja dalam kelas Moto3, malah kategori utama MotoGP.
Menurut Zulfahmi, ketiadaan cengkaman yang baik menyebabkan catatan masa sepusingan semasa kini lebih perlahan berbanding










