KUALA LUMPUR: VFive Group Sdn Bhd (VFive Group) terus memperkukuh reputasi dalam landskap perniagaan negara apabila dinobatkan sebagai antara 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia menerusi Anugerah Enterprise 50 (E50) 2026, sekali gus mengiktiraf prestasi perniagaan, keupayaan pengurusan dan daya saing syarikat.
Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong pada Majlis Anugerah Enterprise 50 (E50) 2026 yang berlangsung di ibu negara, semalam.
Diperkenalkan pada 1997, Anugerah E50 antara platform berprestij di Malaysia yang mengiktiraf kecemerlangan syarikat tempatan berprestasi tinggi, berdaya saing dan berpotensi untuk terus berkembang.






