Pengarah Urusan VFive Group, Syafiq Abdullah (tengah) bersama trofi dan sijil Anugerah Enteprise 50 (E50) yang diterima majlis yang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre malam tadi. (Gambar VFive Group)PETALING JAYA: VFive Group Sdn. Bhd. (VFive Group) terus memperkukuh reputasi dalam landskap perniagaan negara apabila dinobatkan sebagai antara 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia menerusi Anugerah Enterprise 50 (E50) 2026.

Pengarah Urusan VFive Group, Syafiq Abdullah, berkata kejayaan itu juga mengiktiraf prestasi perniagaan, keupayaan pengurusan dan daya saing syarikat.

Katanya, Anugerah E50 2026 turut mencerminkan komitmen dan usaha berterusan seluruh warga kerja dalam membangunkan sebuah organisasi yang berdaya saing serta mempunyai asas perniagaan yang kukuh.