Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan perbuatan vandalisme menjadi punca tingkap tren KTM Komuter Utara pecah ketika melalui laluan antara Arau dan Kodiang, semalam.
KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian kira-kira 6 petang itu membabitkan tren No 2951 bagi laluan Padang Besar ke Butterworth.
Menurutnya, cermin tingkap di bahagian kiri koc kedua pecah selepas terkena balingan objek tidak dikenali dari luar tren.
"Sejurus menerima laporan daripada pemandu tren, KTMB mengambil tindakan segera dengan mengosongkan koc terjejas dan mengehadkan akses penumpang sebagai langkah keselamatan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F03%2Ff03fe9ee4ceb2c6b1bb93a3b94dd1395.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

