Ayer Keroh: Pakatan Harapan (PH) meletakkan sasaran untuk memenangi 18 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, keputusan menambah tiga kerusi daripada 21 kepada 24 dibuat selepas PH menilai perkembangan politik semasa dan kemampuan parti menyediakan calon berpotensi di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ia turut mengambil kira kekuatan jentera parti, keupayaan calon dan penerimaan penduduk setempat sebelum keputusan akhir dibuat.

"Pada peringkat awal, kita menetapkan bertanding 21 kerusi, tetapi melihat perkembangan politik semasa dan ada parti politik yang tidak mengisi keperluan itu, kita melihat kita mempunyai kemampuan untuk bertanding dengan calon yang sudah disediakan.