Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan iklan jawatan kosong palsu yang tular di media sosial, menggunakan nama dan identiti MBPP.
MBPP dalam kenyataannya memaklumkan iklan berkenaan bukan dikeluarkan atau diterbitkan oleh pihaknya.
"Sehubungan itu, orang awam dinasihati supaya tidak percaya, menyebar atau mengambil sebarang tindakan berdasarkan iklan itu.
"Ia termasuk mengimbas (scan) sebarang kod QR yang terdapat dalam iklan berkenaan serta pemberian maklumat peribadi atau kewangan.








