Jelebu: Kira-kira 250 jemaah di Masjid Jamek Kuala Klawang, di sini, tidak menunaikan solat Jumaat hari ini, sebaliknya hanya menunaikan solat Zuhur susulan peletakan jawatan imam yang 'keberatan' membaca nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah Jumaat.
Sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Omar, 50-an berkata, imam berkenaan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Selasa lalu selepas menerima arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya memasukkan nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah.
Menurut sumber, imam berkenaan keberatan susulan pertikaian berkaitan kedudukan berkenaan masih belum selesai serta masih dalam proses mahkamah.
"Isnin imam berkenaan mendapat hebahan dari 'group' WhatsApp daripada JHEAINS untuk membaca nama Undang yang baharu.









