KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Liyana Durisic terus mengekalkan status sebagai pemain terbaik Malaysia selepas mengharungi pusingan kedua yang bercampur baur pada Kejohanan Golf Maybank LPGA 2026 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), hari ini.
Liyana mencatatkan satu atas par 73 untuk mengumpul keseluruhan empat bawah par 140, sekali gus berkongsi kedudukan ke-28 bersama Lindy Duncan dari Amerika Syarikat, Minji Kang dan Jin Hee Im dari Korea Selatan serta Achiraya Sriwong dari Thailand.
Mengakui permainannya tidak sekonsisten pusingan pertama, Liyana berkata dia tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan meskipun melakukan beberapa kesilapan sepanjang permainan.
Katanya, kesilapan terbesar berlaku di lubang ke-14 apabila dia mencatatkan double bogey, manakala kesilapan lain hanya membabitkan perkara kecil.









