KUALA LUMPUR: Sejumlah RM259.503 juta nilai tunggakan bayaran interim kepada kontraktor serta pampasan pemilik tanah belum dilunaskan setakat 30 September lalu, membabitkan 112 projek.

Perkara itu dimaklumkan EXCO Pemuda UMNO yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil, dengan situasi berkenaan mengakibatkan kontraktor kecil termasuk kontraktor Bumiputera tidak memperoleh bayaran biarpun kerja sudah diselesaikan.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan mengenai komitmen berlebihan KKDW, yang mana ia sebenarnya hasil tunggakan daripada beberapa tahun terdahulu, di mana projek sudah berjalan tetapi tidak dibayar, lalu terpaksa dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehinggalah ketika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerajui kementerian itu.